Tabika Perpaduan Di Johor Bahru, Kulai Ditutup Mulai Esok

PUTRAJAYA, 31 Okt- Semua Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) di daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor ditutup bermula esok hingga 14 Nov ini, susulan pengisytiharan Johor Bahru sebagai zon merah pandemik COVI-19. Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, penutupan itu melibatkan 60 TP dan satu TGP dengan 1,507 kanak-kanak dan 124 tenaga pengajar. Senarai kesemua tabika […]

» Read more

KPT Peruntuk RM24 Juta Bantuan Pelan Data Untuk Pelajar IPT B40

PUTRAJAYA, 31 Okt – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 320,396 pelajar dari kategori B40 bagi memastikan mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata melalui pelan data tersebut sebanyak 225,784 unit kad SIM diagihkan kepada […]

» Read more

UMNO Kekal Teguh Pendirian Junjung Titah Agong, Konsisten Rekonsiliasi Nasional Demi Negara

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu berpegang teguh kepada peri pentingnya gencatan politik dan rekonsiliasi nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas mempengerusikan […]

» Read more

549 Individu Ditahan Ingkar PKP

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Seramai 549 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 547 individu dikompaun manakala dua lagi direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (154), penjarakan […]

» Read more

Program Bantuan Bakul Makanan Rakyat Sabah Ditambah Baik – Shahelmy

KOTA KINABALU, 29 Okt – Kerajaan negeri Sabah kini dalam proses menambah baik Bantuan Bakul Makanan bagi memastikan program itu benar-benar dapat membantu rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya berkata mekanisme agihan adalah antara penambahbaikan penting bagi memastikan proses agihan dapat dilakukan dengan pantas dan lancar. Beliau berkata pihaknya sedang berusaha […]

» Read more

Sultan Selangor Seru Ahli Politik Bersatu Sokong Kerajaan Tangani COVID-19

SHAH ALAM, 29 Okt – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru agar akhlak mulia dan kebijaksanaan Rasulullah dalam menyatupadukan umat dijadikan contoh oleh ahli politik supaya bersatu padu dan menyokong penuh usaha kerajaan dalam mengatasi masalah penularan wabak COVID-19. Sultan Sharafuddin bertitah ahli politik perlu bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi memastikan rakyat terus hidup aman damai, […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR 29 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam. Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini. “Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. […]

» Read more

UMNO Menjunjung Titah Agong, Beri Sokongan Padu Belanjawan 2021 Demi Negara – Shahril

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara. Ujarnya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam bertitah agar semua ahli politik bersatu untuk meluluskan Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa institusi raja sentiasa mengutamakan […]

» Read more

Pemuda UMNO Kecam Sekeras-Kerasnya Kenyataan Provokatif Presiden Perancis

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya kenyataan provokatif yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang telah mencalarkan imej Nabi Muhammmad SAW dan Islam. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham, pada hari ini Pemuda UMNO telah menghantar memorandum kepada kedutaan Perancis mendesak agar Macron menarik balik kenyataannya. “Pergerakan Pemuda UMNO hari membantah dan […]

» Read more

Bajet 2021 Mestilah Menguntungkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November mestilah bersifat inklusif dan mampan yang akan menguntungkan rakyat. “Rakyat sedang menilai prestasi kerajaan PN (Perikatan Nasional), sama ada lebih baik daripada bajet yang dibentangkan kerajaan PH (Pakatan Harapan) atau sebaliknya,” ujarnya dalam satu hantaran […]

» Read more
1 1,399 1,400 1,401 1,402 1,403 1,948