Sultan Selangor Seru Ahli Politik Bersatu Sokong Kerajaan Tangani COVID-19

SHAH ALAM, 29 Okt – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru agar akhlak mulia dan kebijaksanaan Rasulullah dalam menyatupadukan umat dijadikan contoh oleh ahli politik supaya bersatu padu dan menyokong penuh usaha kerajaan dalam mengatasi masalah penularan wabak COVID-19. Sultan Sharafuddin bertitah ahli politik perlu bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi memastikan rakyat terus hidup aman damai, […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR 29 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam. Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini. “Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. […]

» Read more

UMNO Menjunjung Titah Agong, Beri Sokongan Padu Belanjawan 2021 Demi Negara – Shahril

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara. Ujarnya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam bertitah agar semua ahli politik bersatu untuk meluluskan Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa institusi raja sentiasa mengutamakan […]

» Read more

Pemuda UMNO Kecam Sekeras-Kerasnya Kenyataan Provokatif Presiden Perancis

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya kenyataan provokatif yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang telah mencalarkan imej Nabi Muhammmad SAW dan Islam. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham, pada hari ini Pemuda UMNO telah menghantar memorandum kepada kedutaan Perancis mendesak agar Macron menarik balik kenyataannya. “Pergerakan Pemuda UMNO hari membantah dan […]

» Read more

Bajet 2021 Mestilah Menguntungkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November mestilah bersifat inklusif dan mampan yang akan menguntungkan rakyat. “Rakyat sedang menilai prestasi kerajaan PN (Perikatan Nasional), sama ada lebih baik daripada bajet yang dibentangkan kerajaan PH (Pakatan Harapan) atau sebaliknya,” ujarnya dalam satu hantaran […]

» Read more

Hina Agong: Bukit Aman Tahan ADUN Sungai Pelek Untuk Diambil Keterangan

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial. Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi […]

» Read more

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Ucapan Benci Dan Fitnah Islam

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka terhadap umat Islam sambil mengutuk keras tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memetik beberapa tindakan ini sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad. “Malaysia menjunjung hak kebebasan […]

» Read more

Perak Lulus Belia 18 Tahun Jadi Calon ADUN

IPOH, 27 Okt – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2020 untuk menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi calon ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun. RUU itu yang bertujuan meminda Perkara 30 Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (Bahagian Pertama) dibentangkan Menteri […]

» Read more

SPR Pamer Permohonan Pemilih Baharu Di 914 Lokasi Mulai Esok Hingga 10 Nov

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan permohonan pendaftaran pemilih baharu dan permohonan pertukaran bahagian pilihan raya di 914 lokasi di seluruh negara, mulai esok (28 Okt) hingga 10 Nov. Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata kesemua permohonan berkenaan terkandung dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun Ketiga Tahun 2020 (ST3/2020). “RDPT ST3/2020 itu mengandungi […]

» Read more

Mohd Zaidi Angkat Sumpah ADUN Slim

IPOH, 27 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Mohd Zaidi, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN […]

» Read more
1 1,373 1,374 1,375 1,376 1,377 1,922