2020: COVID-19, Antara Duka Dan Harapan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Tatkala 2020 hampir melabuhkan tirainya, musuh tanpa sempadan, COVID-19 terus ‘mengganas’ di seluruh dunia dan bermutasi pula dengan varian baharu. Setahun berlalu tanpa kepastian namun perang menentang virus maut itu masih belum selesai. Koronavirus yang pertama kali dilaporkan di Wuhan, China dan diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac, kini telah menjangkiti […]

» Read more

KPT Bakal Tubuhkan Portfolio Khas Urus Pelajar Luar Kampus

SHAH ALAM, 29 Dis – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementeriannya melalui kerjasama semua UA dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah mengorak langkah bagi memastikan unit atau portfolio khusus yang menguruskan isu pengurusan rumah […]

» Read more

Bersidang Dalam Suasana Baharu, Siap Siaga PRU15 – Ramlan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Askolani berkata buat pertama kalinya mesyuarat perwakilan bahagian akan diadakan dalam suasana yang baharu ekoran pandemik COVID-19. Jelas beliau, senario sebegini merupakan fenomena baru kepada akar umbi UMNO dan aktiviti norma baharu ini akan menjadi amalan biasa apabila setiap kali mengadakan mesyuarat bahagian. “Pada saya… kita kena […]

» Read more

PKPB Berjaya Kekang Penularan COVID-19 – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 28 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu. “Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan,” katanya pada sidang media perkembangan harian COVID-19 di sini […]

» Read more

Perhimpunan Sambutan Tahun Baharu 2021 Tidak Dibenarkan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran COVID-19 jika ia dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini. “Sambutan ada pelbagai cara, ada sambutan secara bersendirian, bersama keluarga di […]

» Read more

Sabah Sambut Baik Pandangan Semua, Usaha Rancak Pembangunan Negeri

KINABATANGAN, 28 Dis – Kerajaan Sabah mengalu-alukan pandangan dari semua pihak, termasuk wakil rakyat dari parti pembangkang, asal sahaja tujuannya adalah bagi merancakkan pembangunan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah l Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau memberi contoh pandangan untuk merancakkan lagi pembangunan bandar kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan, yang menurutnya memerlukan perhatian semua pihak. “Pemimpin dari blok […]

» Read more

Lima Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Hari Ini

PUTRAJAYA, 28 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang dilaporkan di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini, empat daripadanya melibatkan kluster tempat kerja. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Jalan Gadang iaitu kluster tempat kerja yang melibatkan […]

» Read more

Kartel Daging: Kerajaan Janji Selesai Segera, Kaji Penubuhan RCI

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin, termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan mengenainya telah dimulakan. Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), serta bahagian Pengurusan […]

» Read more

PKPB Di Selangor, KL, Sabah Serta Beberapa Lokaliti Dilanjutkan Hingga 14 Jan 2021

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua […]

» Read more

JAKIM Akan Keluarkan Senarai Pengimport Daging Berlesen

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini, bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan lanjut bersama pihak Bahagian Pengurusan Halal Jakim turut diadakan bagi menyelesaikan isu […]

» Read more
1 1,366 1,367 1,368 1,369 1,370 1,952