Sabah Sambut Baik Pandangan Semua, Usaha Rancak Pembangunan Negeri

KINABATANGAN, 28 Dis – Kerajaan Sabah mengalu-alukan pandangan dari semua pihak, termasuk wakil rakyat dari parti pembangkang, asal sahaja tujuannya adalah bagi merancakkan pembangunan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah l Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau memberi contoh pandangan untuk merancakkan lagi pembangunan bandar kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan, yang menurutnya memerlukan perhatian semua pihak.

“Pemimpin dari blok kerajaan di kawasan ini cuma ada empat orang sahaja, jadi sudah tentu kita juga memerlukan pandangan pelbagai pihak lain, dan kita perlu merencana baik supaya bandar Sandakan ini dapat dibangunkan dengan pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah bagi 18 ahli majlis daerah Kinabatangan sesi 2020 hingga 2022 di sini, hari ini.

Bung Moktar berkata ketika ini agenda utama adalah untuk memulihkan ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah, selain merancakkan pembangunan negeri.- BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.