PEMENANG Gesa Kerajaan Bincang Dengan NGO Islam Mengenai Isu TH

PULAU PINANG, 22 Julai – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) hari ini menggesa Kementerian Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama menganjurkan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) yang berteraskan Islam dan Melayu mengenai cadangan meletakan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Presiden PEMENANG Tan Sri Mohd Yussuf Latiff berkata, menerusi perbincangan […]

» Read more

25 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Mulai Sabtu – TPM

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sebanyak 25 lagi lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini sehingga 6 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis di Tuaran; Kampung Gumandang di Kudat; Kampung Lumatai Ulu di Beaufort; dan Kampung Banting, […]

» Read more

Angka Harian COVID-19 Meningkat Kepada 13,034 Kes – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 13,034 kes berbanding 11,985 kes yang dicatatkan semalam. Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 6,049 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitternya berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara setakat ini adalah 964,918 kes. […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Pasangan Jarak Jauh Lengkap Dua Dos Vaksin Pulang Jenguk Keluarga – TPM

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Pasangan dan ibu bapa jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, mungkin akan dibenarkan merentas negeri untuk bertemu keluarga mereka, melalui kelonggaran yang akan diumumkan kerajaan nanti. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh adalah antara perkara yang sedang diperhalusi untuk dipertimbangkan bagi mereka yang sudah […]

» Read more

Demi Bersama Rakyat… UMNO Buka Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Sebagai PPV – Ahmad Maslan

BENTONG, 22 Julai – UMNO merealitikan hasrat bersama rakyat apabila menjadikan pusat latihannya, Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Kampung Janda Baik, di sini sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi penduduk setempat bermula hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pembukaan ILMU sebagai PPV adalah atas restu dan kebenaran dari Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

UMNO Sentiasa Beri Pandangan Pada Kerajaan Bukan Hanya Tahu Kritik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab propaganda yang kerap ditujukan kepada beliau dan juga UMNO yang kononnya hanya mengkritik tetapi gagal beri pandangan yang dapat membantu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula. Katanya, ianya tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu mengkritik saja namun tidak beri cadangan untuk membendung COVID- 19 dan UMNO […]

» Read more

Jumlah Pemberian Vaksin Lebih 15 Juta Dos Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua. “Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak  […]

» Read more

Penularan COVID-19 Pengajaran Kepada Kerajaan, Sistem Kesihatan Perlu Dipertingkat – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kerajaan perlu mengambil iktibar dalam mengurus tadbir penularan pandemik COVID-19 untuk ditangani sebaiknya bagi jangka masa panjang, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Jelas beliau, kepimpinan dalam kerajaan jangan sesekali mendabik dada dan mengatakan penyelesaian sudah dicapai kerana virus mungkin akan datang kembali bergantung kepada naratif persekitaran. “Ini bermaksud selepas dua atau tiga bulan […]

» Read more

14 Juta Dos Vaksin Sinovac Akan Dijual Kepada Syarikat Swasta, Negeri, Mulai Bulan Ini

SHAH ALAM, 21 Julai – Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual Pharmaniaga Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu telah mendapat kebenaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan diyakini […]

» Read more

Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Satu Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Jumaat Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan ke atas tiga lokaliti di Pahang dan satu di Sabah selama dua minggu bermula Jumaat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Pahang ia melibatkan Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin; dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, manakala di […]

» Read more
1 1,232 1,233 1,234 1,235 1,236 1,952