Agong Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat. Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari […]

» Read more

Prospek Pemulihan Ekonomi Malaysia Semakin Cerah – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Prospek pemulihan ekonomi Malaysia nampak semakin cerah dengan aliran masuk bersih modal pelabur asing yang didorong oleh kemajuan positif Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini, beliau berkata petanda positif itu menetapkan nada dan hala tuju pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh untuk […]

» Read more

Semua Agensi Perlu Lapor Aktiviti Kepada Langkawi Task Force – Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiap agensi di Pulau Langkawi sama ada kerajaan, swasta, badan berkanun serta persatuan-persatuan yang diberi peranan dalam menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi perlu melaporkan aktiviti mereka kepada jawatankuasa Langkawi Task Force. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana semua yang terlibat itu akan diberi peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam […]

» Read more

Annuar Mahu KKMM Jadi Suara Kerajaan, Rasa Nadi Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan bahawa kementeriannya akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyutan nadi rakyat di negara ini. Bagi tujuan itu, katanya beliau akan merubah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjadi sebuah kementerian yang bukan sahaja membawa informasi yang tepat dan jitu kepada rakyat tetapi juga kementerian yang responsif […]

» Read more

Pelancong Ke Langkawi Gunakan Pesawat Tidak Perlu Surat Polis – Khairy

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Individu yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 Sept ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy dalam ciapan di laman Twitter berkata hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri tersebut sahaja perlu berbuat demikian. “Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, […]

» Read more

Lebih 17 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) . JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 90.9 peratus atau 21,290,857 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk […]

» Read more

Pengunjung Ke Langkawi Dinasihat Patuh SOP, Elak Peningkatan Kes Covid – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi, Kedah di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Dalam usaha mengimbangi antara nyawa dan kelangsungan hidup serta ekonomi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua pihak bersama-sama memainkan peranan […]

» Read more

COVID: 200 Petugas Barisan Hadapan Dari Negeri Lain Akan Digerakkan Bantu P.Pinang

GEORGE TOWN, 11 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggerakkan 200 petugas barisan hadapan dari negeri-negeri lain untuk membantu Pulau Pinang berikutan kes COVID-19 yang semakin merisaukan disebabkan jumlah jangkitan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata petugas barisan hadapan itu termasuk pegawai perubatan, pembantu perubatan dan jururawat. “Kita berharap penghantaran petugas barisan hadapan itu dapat disegerakan untuk membantu Pulau Pinang dalam […]

» Read more

COVID-19: 72 Peratus Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam – JKJAV

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos. “Semalam, sebanyak 287,059 dos vaksin […]

» Read more

Vaksinasi COVID-19 Untuk Remaja Boleh Diperluas Ke Negeri Capai Imuniti Kelompok – Adham

KOTA BHARU, 11 Sept – Suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja boleh diperluas ke negeri-negeri lain yang telah mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata bagaimanapun tumpuan ketika ini diberikan untuk memastikan golongan dewasa divaksin terlebih dahulu menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Pendirian kita di JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin […]

» Read more
1 1,169 1,170 1,171 1,172 1,173 1,939