Malaysia Sedia Kembali Sebagai Hab Pelaburan Serantau, Antarabangsa – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan bagi pelabur serantau dan antarabangsa, disokong kaedah yang kreatif dan inovatif dalam menggalakkan pelaburan yang dilaksanakan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata matlamat tersebut boleh dicapai melalui kerjasama yang berterusan dengan semua anggota Keluarga Malaysia dan gelembung selamat bagi semua perniagaan dengan […]

» Read more

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka Berjalan Seperti Biasa – Sulaiman

MELAKA, 14 Okt – Mesyuarat Exco Kerajaan negeri Melaka yang berlangsung semalam di Seri Negeri berjalan lancar seperti biasa di bawah kerajaan sementara walaupun mempunyai had dalam pengurusan dan pentadbiran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. “Ada yang boleh dan tidak boleh. Jadi, bagi memastikan kerajaan di bawah SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Datuk Kamel Mohamad, saya sebagai Ketua […]

» Read more

Kerajaan Akan Perkenal Sistem Cukai Lebih Seimbang Jika Ekonomi Dalam Keadaan Lebih Baik

Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem percukaian yang lebih seimbang dan saksama sekiranya ekonomi negara berada dalam keadaan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata sebarang langkah cukai yang akan dilaksanakan kelak sudah pasti mengambil kira libat urus bersama pihak berkepentingan. “Kita akui sebagaimana yang telah kerajaan nyatakan bahawa sistem […]

» Read more

Sidang Pertama Parlimen Lancar, Lulus RMK12, Tiga Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 Dewan Rakyat, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berakhir pada Selasa setelah 17 hari bersidang. Walaupun negara masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, persidangan yang dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan saringan RTK-AG Saliva Test dibuat dua kali seminggu, berjalan lancar […]

» Read more

Program Urus Beri Pengecualian Faedah Selama 3 Bulan, Pengurangan Bayaran Ansuran Bagi B50 – PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) kepada peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah (B50) yang akan dilaksanakan oleh sektor perbankan dalam masa terdekat. Beliau berkata kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk […]

» Read more

KKM Mulakan Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Untuk Warga Emas, Barisan Hadapan

PUTRAJAYA, 13 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. “Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera. Bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian […]

» Read more

OSHMP25 Pacu Pembentukan Budaya Kerja Selamat Dan Sihat

PUTRAJAYA, 13 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang menggariskan pelbagai teras strategik bagi memacu pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” dan meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Beliau berkata pelan induk jangka sederhana selama lima tahun itu akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja […]

» Read more

KEMAS Pertingkat Modul Stream Di Tabika

Abdul Rahman Mohamad

PUTRAJAYA, 13 Okt – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mempertingkatkan modul pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika), kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata kaedah dan modul STREAM ketika ini menggabungkan komponen inkuiri, penaakulan, kolaborasi dan penerokaan untuk membangun kebolehan kanak-kanak dalam mengaplikasi pengetahuan […]

» Read more

Ramai Felo Perdana Berjaya Dalam Sektor Awam, Swasta Dan Politik

PUTRAJAYA, 13 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik. “Hasil daripada pendedahan dan program Felo Perdana ini, sebahagiannya berjaya dalam politik dan ada yang jadi menteri. “Dari segi kerjaya lain pula, saya percaya ramai yang berjaya hingga hari ini,” katanya […]

» Read more

Pahang Lulus Tanah Untuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ke-19

KUANTAN, 13 Okt – Kerajaan Pahang meluluskan tanah seluas 90 hektar di Tanjung Putus, Kuala Kuantan di sini untuk dibangunkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan peserta dipilih daripada belia dan golongan B40.  Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tanah tersebut melibatkan 28 lot milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diluluskan untuk projek tanaman sayur dan […]

» Read more
1 1,121 1,122 1,123 1,124 1,125 1,924