Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pasir Puteh mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bagi mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan. Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan YB Ustaz Tuan Saripudin dan bekas wakil Rakyat Pas Cikgu Din.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Mengimamkan Solat Jenazah

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki memenuhi hajat Abe Sin & Hj Husin bagi mengimamkan solat jenazah arwah isterinya di Kampung Cherang Ruku Pasir Puteh. Moga Allah merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama para Muttaqiin.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Menziarahi Kak Lah 

PASIR PUTEH 26 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki menziarahi Kak Lah bekas Penghulu Wanita JKKP Permatang Sungkai yang jatuh sakit sejak selepas PRU14 kerana terlalu terkejut dan sedih menerima perkhabaran kekalahan saya di Parlimen Pasir Puteh. Moga Allah mengembalikan semangat dan kesihatan beliau. #hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Menziarahi Keluarga Arwah Amran

PASIR PUTEH 26 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki singgah di Kg Jeram Gaal Pasir Puteh menziarahi keluarga Arwah Amran Ketua Pemuda Cawangan yang meninggal dunia akibat barah. Arwah seorang penoreh getah meninggalkan 4 orang anak kecil yang masih bersekolah. Moga Allah mempermudahkan urusan keluarga ini. #hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Bergambar Bersama

REMBAU 25 Dis–Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Sagga semasa hadir pada Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-50 UMNO Cawangan Sagga di sini hari ini.

» Read more
1 132 133 134 135 136 261