Dapatkan Input Secara Terus, Johari Berdialog Dua Hala Bersama Pemegang Taruh Industri Sawit

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Selasa telah mengadakan dialog dua hala bersama pemegang taruh industri sawit Malaysia terdiri daripada pelbagai persatuan yang mewakili pemain serta syarikat di dalam industri yang terlibat secara langsung dalam sektor sawit negara. Ujar Naib Presiden UMNO itu, mereka yang terlibat terdiri daripada pelbagai aktiviti dalam […]

» Read more

Onn Hafiz Yakin Kerjasama Kukuh Antara Kerajaan Negeri Dan Pusat Beri Manfaat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin dan percaya jalinan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat perlu sentiasa diperkukuh demi manfaat kepada rakyat. Dalam satu kunjungan beliau bersama delegasinya kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di pejabat menteri itu, Onn berkata kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa berusaha untuk menaik […]

» Read more

Kerajaan Cadang Lebih Ramai Pelajar Malaysia Ikuti Pengajian TVET Di Luar Negara

TOKYO, 18 Feb – Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu adalah transformasi bakal dilakukan kerajaan dalam bidang TVET, selain bertujuan mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka yang mengikuti […]

» Read more

Kerjasama Dengan Universiti, Industri Jepun Perkasa Bidang TVET Dan Pendidikan MARA – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejurus tiba di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau terus mengadakan perjumpaan bersama Japan International Coorperation Industry (JICA) yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Imperial Hotel, Tokyo. Menurut Dr Asyraf, JICA merupakan Pusat Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun yang […]

» Read more

Ahmad Zahid Penuhi Undangan Duta Mesir, Ops Ihsan Gaza Antara Topik Perbincangan

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkesempatan mengunjungi dan memenuhi jemputan sahabatnya Duta Besar Mesir TYT Ragai Tawfik Said Nasar untuk makan malam bersama di kediaman beliau. Katanya, kunjungan ini menyerlahkan keakraban hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir. Menurutnya lagi, ia juga membuka ruang pertukaran pandangan mengenai […]

» Read more

Pelantikan Exco: Ia Satu Amanah Dan Tanggungjawab Untuk Manfaat Rakyat, Negeri Pahang – Amizar

KUANTAN, 15 Feb – Exco Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dilantik Datuk Amizar Abu Adam berkata portfolio yang diberikan kepadanya bukan sesuatu perkara yang baharu buat beliau. Namun katanya, ia adalah amanah dan tanggungjawab baharu yang akan dipikul olehnya dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang lebih stabil dan dapat membawa seberapa banyak manfaat tentunya kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. […]

» Read more

Agong Perkenan Tubuh RCI Kaji Pengendalian Kes Batu Puteh

PUTRAJAYA, 14 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta merta. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 […]

» Read more

Terima Kasih Nga Kor Ming Kerana Hormati Pendirian UMNO – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana menghormati pendirian UMNO. Begitu juga katanya atas pendirian Ahli Parlimen Teluk Intan itu yang tidak mahu memanjangkan cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu […]

» Read more

KEB 2024 Gali Teknologi, Peluang Baharu Ekonomi Bumiputera – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 14 Feb – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 selama tiga hari yang akan bermula pada 29 Feb depan akan menggali potensi teknologi dan peluang baharu bidang ekonomi bagi memperkasa bumiputera di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara perkara yang turut akan dibincangkan […]

» Read more

Johari Turun Padang, Dapatkan Input Secara Terus Dari Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Kesibukan tugas sebagai individu yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal komoditi negara tidak menghalang Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani turun padang menyantuni dan mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan. Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dalam perkongsian di akaun X hari ini bertemu dengan peniaga Pasar Wirawati Kg Pandan […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 473