Pemilihan UMNO 2023: JPU Sahkan Kemenangan Beberapa Jawatan Utama Dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan kemenangan terkini berapa jawatan utama parti yang dipertandingkan sempena Pemilihan UMNO 2023/2026. Jelasnya, meskipun tinggal berbaki empat bahagian belum menghantar keputusan pengundian, ianya jelas tidak menggugat kedudukan beberapa jawatan yang telah dimenangi secara majoriti. “Daripada 187 bahagian, ada empat bahagian belum menghantar keputusan mereka tetapi […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Ikuti Paparan Keputusan Secara Langsung Bermula 4.00 Petang

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Untuk mengikuti keputusan terkini bagi Pemilihan UMNO 2023, UMNO akan menyediakan paparan secara langsung di laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 4.00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian-bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi. Keputusan yang akan dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) peringkat […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Hari Ini Penentu Barisan Kepimpinan Masa Hadapan Parti

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Hari ini merupakan penentu kepada barisan kepimpinan masa hadapan baharu UMNO apabila Mesyuarat Perwakilan yang berlangsung turut menyaksikan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Berlangsung serentak di seluruh negara, ianya akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang dilantik bagi memainkan peranan dalam memastikan perjalanan pemilihan kali ini berjalan […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Pilih Pemimpin Berwibawa Kukuhkan Parti – Ahmad Zahid

BENTONG, 15 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para perwakilan untuk memilih pemimpin yang berwibawa dalam usaha bagi mengukuhkan parti. Ujarnya, kemenangan yang telah dimuktamadkan bagi Wanita, sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah memperlihatkan para perwakilan mahu kesinambungan serta pembaharuan. “Apabila kemenangan telah dimuktamadkan bagi Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO ini […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: JPU Sahkan Keputusan Rasmi Wanita, Pemuda Dan Puteri Peringkat Pusat

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad hari ini mengesahkan keputusan rasmi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bagi sesi 2023/2026. Jelasnya, keputusan itu diperolehi selepas melakukan penjumlahan undi yang telah dimuktamadkan pada tengah hari tadi. “Pada 12 tengah hari telah selesai penjumlahan undi-undi berdasarkan laporan yang diterima daripada […]

» Read more
1 2 3 59