Rakyat Bergantung Harap Pada Kerajaan, Zahida Gesa Menteri Gunalah Kuasa Membantu
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menekankan bahawa dalam sitiasi krisis kini, rakyat hanya bergantung harap pada kerajaan.
Sehubungan itu katanya, para menteri yang punya kuasa maka gunakanlah kuasa yang ada untuk bantu rakyat teramai
“Selamat datang Julai… Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Rakyat masih ramai yang terkesan. Terima kasih atas pengumuman pakej bantuan tempoh hari, semoga dapat mengurangkan beban kewangan dan mental rakyat.
“Namun moratorium yang diberi ibarat ‘ambil kesempatan dalam kesempitan’,” katanya dalam kenyataan melalui hantaran di laman facebooknya berkaitan hal terbabit, hari ini.
Ujarnya, apabila rakyat yang ambil moratorium (tangguhan ansuran) untuk tiga bulan, akan dikenakan lanjutan pinjaman selama 1 tahun, manakala moratorium enam bulan pula dikenalan lanjutan pinjaman dua tahun.
“Ini bermaknya, peminjam tetap terpaksa membayar bunga kepada bank dalam tempoh yang lebih panjang.
“Justeru, kami mendesak, agar Menteri Kewangan dapat memastikan bank-bank mengecualikan faedah bagi tempoh enam bulan moratorium ini,” katanya lagi. – UMNO Online