Sokong Gencatan Politik… Politiking Berlebihan Beri Tekanan Pada Rakyat
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan gencatan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha membantu rakyat ekoran pandemik COVID-19 terus mendapat sokongan.
UMNO Negeri Pulau Pinang, menyokong penuh kenyataan itu memandangkan tumpuan rakyat sekarang adalah untuk menangani isu COVID-19 dan juga menguruskan kelangsungan hidup berikutan kesan PKP yang dikenakan mulai bulan Mac 2020.
Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tekanan politik dan politiking yang berlebihan akan memberi kesan besar kepada rakyat.
“Tekanan politik dan politiking yang berlebihan akan memberi kesan besar kepada rakyat khususnya dalam sektor ekonomi & sosial apabila kerajaan tidak stabil. Ianya juga akan menyebabkan kegelisahan dan kemarahan dikalangan rakyat. Ini boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.”
Justeru katanya, tindakan berani Presiden UMNO menggesa gencatan politik adalah tindakan yang wajar disokong. – UMNO Online