Penampilan ‘Low Profile’ Ismail Sabri Dalam ‘Live’ Tarik Perhatian Netizen

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pak Long Mail kekal ‘legend’, itu kata-kata netizen mengenai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia berikutan penampilan bersahaja Ismail Sabri pada sidang media harian yang bersiaran secara Facebook Live dari kediamannya di Petaling Jaya.

Ismail Sabri yang turut terkenal dengan panggilan ‘Pak Long Mail’ mengenakan baju batik, dan kurta kelihatan tenang dan selesa dalam menyampaikan maklumat keselamatan, dan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Netizen juga mewujudkan cabaran dalam talian dengan ‘membida’ baju Ismail Sabri kerana tertarik dengan penampilan Naib Presiden UMNO itu.

“Pak Long, saya nak ‘lock’ baju ni RM150”, tulis Khairul Nizam dalam satu tulisan di ruangan komen siaran langsung Facebook Kementerian Pertahanan.

“Saya ‘lock’ baju Pak Long RM250, cantik, menarik, kebabom,” Amri Janu.

“Aku ‘lock’ dulu la dol, orang lain tak boleh ambik baju Pak Long,” Kanda Kekanda Ipoh.

Tidak kurang juga netizen memuji kurta yang dikenakan Ismail Sabri semasa siaran langsung harian pada Jumaat.

“Pak Long nampak ‘low profile’, pakai kurta je…semoga sihat selalu Pak Long,” Edward King.

Ismail Sabri sebelum ini menjadi tumpuan netizen kerana mengenakan batik yang pelbagai variasi semasa siaran langsung (non-health) COVID-19 yang turut bersiaran menerusi televisyen.

Pakaian yang dikenakan tular kerana dikaitkan dengan kuih muih dan makanan yang membangkitkan selera orang ramai yang pada ketika itu menyambut kedatangan Ramadan.

Ahli Parlimen Bera yang pernah mendapat gelaran ‘wajah kesayangan rakyat’ ini juga sangat popular sebagai pemimpin yang merendah diri, dan ketegasan beliau dalam menangani penularan COVID-19. – Buletin Asia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.