Isu Tutup Anak Syarikat MARA: Jangan Kerana Seekor Nyamuk, Habis Kelambu Dibakar


Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hasnita Hashim berkata, Mara telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru dan akan menutup beberapa syarikat yang kononnya tidak strategik.

Ini merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

Cubaan menutup mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah usaha menghapus Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara sistematik dan tersembunyi, walaupun tanpa menghapusnya secara terang-terangan

Malah pihak Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak menolak kemungkinan MARA Corporation Sdn Bhd. (MARA Corp) juga berada dalam senarai yang mungkin dihapuskan.

MPM juga mendedahkan MARA Corporation antara anak syarikat MARA yang bakal ditutup dan ini boleh dilihat sejak Ogos lalu, apabila bayaran gaji bagi kakitangannya masih tertunggak sehingga tiga bulan.

MARA ditubuhkan melalui semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa tindakan seperti fungsi Mara yang dikurangkan, bajet Mara yang dikurangkan, staf diberhentikan, gaji tak dibayar ata dilambatkan adalah merupakan sesuatu yang membimbangkan

Maka, sebarang usaha untuk melemahkan, mengurangkan apa-apa fungsi, peruntukan, bajet MARA atau operasi mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Jangan kerana nyamuk nan seekor, habis kelambu dibakar.

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh kerajaan, ialah syarikat yang ditutup ada syarikat yang tidak strategik dan mengalami kerugian, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memulihkan atau memperkasakan kembali mana-mana anak syarikat MARA yang terbabit.

Alasan menutup anak-anak syarikat MARA hanya disebabkan mereka mengalami kerugian adalah tidak masuk akal malah seakan alasan bodoh.

Yang penting kalau silap, betulkan kesilapan. – umno-kedah.com

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit