Netizen Kecam Mukhriz Plagiat Bahan Reka Grafik Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Bukan sahaja terkenal dengan ‘U-Turn’, budaya salin, tiru serta penjenamaan semula kemudian mengambil kredit berkata hasil idea sendiri sudah menjadi ‘trend’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setelah lebih lima ratus hari memerintah negara, banyak contoh-contoh hasil kejayaan dasar kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN), kerajaan PH tetap kering idea dan hanya tahu menyalin kulit sahaja seperti Klinik 1Malaysia ditukar kepada Klinik Komuniti, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun satu ketika PH mahu hapuskan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), subsidi minyak, bantuan nelayan dan petani serta pelbagai lagi.

Budaya plagiat tidak terhenti di situ, bahkan hingga bahan reka cipta grafik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri turut menjadi mangsa.

Ironinya, ia menjadi mangsa tiru ‘bulat-bulat’ Menteri Besar Kedah PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dalam grafik ucapan selamat hari pahlawan di Instagram dan juga Facebook miliknya.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Zahid dengan sinis berkata seolah-olah kenal bahan grafik tersebut sambil memuatnaik hasil grafik yang disiarkan di media sosial Mukriz itu.

“Macam kenal ‘design’ ni? Senang betul ‘kroje’ dia ‘yer’ Mukhriz Mahathir,

“Jika perkara baik yang dilakukan faedah buat semua, tak salah kita teruskan.

“Tapi janganlah sampai menidakkan perkara tersebut untuk menaikkan kepentingan sendiri,” bidasnya.

Tindakan Mukhriz itu turut mendapat kritikan dan kecaman beberapa netizen yang meninggalkan komen di status media sosial Zahid itu antaranya seperti Diana Suhaileen yang berkata: “Itu ler kojer deme Dato Seri, Copy Paste, Rebrand lepas tu claim diorg punya idea..Senang Keje deme plagiat orang punya hasil .. They have no own identity except kencing rakyat”.

Begitu juga pelayar maya Ahmad Hafizzuddin Aluwi mengkritik: “Begini la rupanya biasa di suap..sampai poster pun curik orang punya..ini la dia Mukhriz Mahathir seluruh kehidupan pun DaaddyKasi.”

Manakala di Instagram Mukhriz, seorang netizen dengan menggunakan nama encik_maman membidasnya: “Boboi, hang jgn lah tnjuk sgt hang ni anak manja pak hang. X kan lah poster pon nak copy org punya. Edit buh nama hang je. Hahaha.”UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit