Lim Kit Siang Hina Islam? Tamadun Islam Bukan Dibina Berasaskan Klepto-teokrasi – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Lim Kit Siang sebenarnya menghina Islam apabila menyatakan ‘keagungan’ tamadun Islam tidak boleh dikembalikan jika asasnya klepto-teokrasi, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Soalnya kata beliau, siapa yang kata tamadun Islam mahu dibina berasaskan kleptokrasi.

“Itu menghina namanya. Sebenarnya Kit Siang tidak senang kenyataan bersama Tun M dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk mengembalikan semula keagungan Tamadun Islam.”

Ini kerana katanya, pada Lim Kit Siang itu usaha untuk mengembalikan sistem Islam seperti hudud.

“Itu pemikiran rasis beliau. Lagipun Erdogan menyokong kuat Ikhwan Muslimin Mesir yang mahu menegakkan syariat sedangkan Dap pula mahu Malaysia kekal sebagai negara sekular,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau semalam.

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, untuk memberi persepsi buruk kepada usaha tersebut, Kit Siang kaitkan dengan isu klepto-teokrasi dan sasarannya ialah Najib-Ustaz Hadi yang kononnya pembohong dan perasuah.

“Tetapi bukankah Lim Kit Siang pembohong besar kerana menafikan pernah menuduh Tun M sebagai bapa rasuah.

“Sebelum PRU ke 13 (2013), Kit Siang mengistiharkan jika Pakatan Rakyat menang, Suruhanjaya di-Raja akan ditubuhkan untuk menyiasat Tun M kerana kehilangan wang negara RM100 Bilion selama 22 tahun pemerintahannya.”

Bidas beliau, Kit Siang dan anaknya pembohong besar kerana Malaysia Baru gagal, ekonomi merudum dan rakyat semakin susah.

“Sebab itu dia (Kit Siang) tidak berani berdebat dengan Najib.” – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit