Dah Jadi Kerajaan Pun Menteri PH Masih Amal Pendekatan Fitnah…

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemuda UMNO Malaysia menempelak Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad yang masih mengamalkan pendekatan memfitnah.

Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu jelas mengapi-apikan serta merobek keharmonian kaum.

“Sudah jadi Menteri masih lagi menggunakan pendekatan menfitnah.

“Sepatutnya kamu wahai YB Datuk Khalid Samad sebagai seorang Menteri Kabinet beragama Islam tegas mendesak agar siasatan dan tindakan segera diambil kepada pihak menghina agama dan Nabi kamu.

“Sebaliknya kamu pula memfitnah UMNO dan PAS yang mengapi-apikan dan mendahului pihak berkuasa menuduh individu tertentu menyamar sebagai Cina,” tegasnya.

Dr Asyraf dalam Facebooknya mengulas tindakan pemimpin Parti Amanah Negara (Pan) itu di dalam Twitter dan Facebook yang menuduh seorang aktivis masyarakat berbangsa Melayu, Muhsin Latheef menyamar sebagai Wendy Loong, yang membuat ‘posting’ menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Khalid turut mengaitkan isu tersebut dengan UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, setelah dikecam Khalid menarik balik dan mengedit status tersebut.

Mengikut kenyataan rasmi dari pihak Pilis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga 26 Julai lalu sebanyak 483 laporan polis telah dibuat ke atas individu yang bernama ‘Wendy Loong’ itu. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.