BERSATU Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang?


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pendedahan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BERSATU ditubuh atas cadangan Lim Kit Siang suatu yang mengemparkan, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Tegas beliau, maka ini dengan sendiri membuktikan BERSATU dijadikan alat oleh Dap bagi menghancur dan menjatuhkan kuasa Melayu Islam di Malaysia.

“Dap mengambil kesempatan atas dendam Tun Mahathir pada UMNO dan Najib Razak untuk jayakan agenda Dap. Dap berjaya.

“Justeru, saya tidak berkeyakinan BERSATU mampu pertahankan kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputra dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, lihatlah lebih setahun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, satu persatu kepentingan Islam Melayu dan Bumiputra dihancur dan diganggu gugat.

“Ternyata walaupun PM daripada BERSATU, namun pemimpin BERSATU gagal pertahankannya.

“Kenapa terjadi begini? Semuanya kerana DAP yang lebih berpengaruh dan berkuasa.

“Agenda Malaysian Malaysian Dap kekal tidak berubah. Hanya diubah nama kepada Malaysia Baru,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.