Himpunan 26K Huffaz Kebangsaan 2026

BAGAN DATUK 27 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Himpunan 26K Huffaz Kebangsaan 2026 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Sejak penganjuran Himpunan Huffaz dihidupkan semula pada tahun 2023, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, termasuk memperkukuh Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), memperluas laluan TVET-Tahfiz, menyediakan pembiayaan pendidikan serta meningkatkan standard kualiti institusi tahfiz.
