Mesyuarat Agung MIC Ke-80: Zahid Seru Masyarakat India Sertai BN

JOHOR BAHRU, 28 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC Kali Ke-80 di sini hari ini. Beliau turut menyeru masyarakat India mengambil peluang menyertai BN menerusi keahlian secara langsung.
Turut hadir, Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan Presiden parti komponen BN

