Lawatan Kerja Ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Malaysia

KUALA LUMPUR 27 November – Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Malaysia di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur, disambut oleh Pengarah Kanan CKE, YBrs. Ir. Zuraidah binti Muhamad bersama barisan pegawai bagi mendengar taklimat mengenai latar belakang CKE, perkembangan projek di bawah seliaannya serta pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi seperti pencahayaan jalan mengguna lampu led dan lampu solar.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO