Karnival Aspirasi Pahang Eratkan Hubungan Pemimpin Dan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meluahkan rasa teruja dapat meluangkan masa bersama rakyat dalam suasana penuh kemesraan menerusi sebuah program di Lipis.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata program Walk A Town With Me berkenaan merupakan kesempatan terbaik untuk mendekati rakyat di kawasan berkenaan.

“Meriah sungguh Lipis malam tadi. Tok Wan bersama-sama rakyat menyertai Walk A Town With Me

“Seronok dapat berkumpul, beramah mesra dan berjalan bersama-sama rakyat dalam suasana penuh kemesraan.

“Lebih bermakna apabila dapat menikmati kemeriahan kenduri rakyat yang menghimpunkan masyarakat setempat dalam semangat kebersamaan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi kehadiran ke Walk A Town With Me sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st 2026 Peringkat Daerah Lipis di Arena Jubli Perak, Lipis.

Dalam kesempatan sama, beliau turut menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah keseluruhan RM97,000 kepada 13 wakil dan penerima sebagai manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

“Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan rakyat.

“Insya-Allah, komitmen untuk terus mendekati rakyat dan memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela akan terus menjadi keutamaan.

“Terima kasih buat semua pihak yang bertungkus-lumus bagi memastikan karnival ini berjaya. Semoga hubungan erat antara kerajaan dengan rakyat ini terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO