Menyantuni Peniaga, Bertegur Sapa Dan Bertemu Rakyat.

HANG TUAH JAYA 27 November — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkesempatan singgah bersarapan di Pulau Kelapa.Sambil menikmati sarapan,mengambil peluang menyantuni peniaga, bertegur sapa dan bertemu rakyat. Perkara sederhana seperti inilah yang cukup bermakna kerana di sinilah terjalinnya kemesraan dan hubungan tanpa batas di antara pemimpin dan rakyat.


