Terima Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 27 November — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada TYT Michel Deelen, Duta Besar Belanda yang baharu ke Malaysia, di Menara MITI, Kuala Lumpur. Perbincangan tertumpu pada perkembangan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Kesatuan Eropah (MEUFTA) dan peluang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan Belanda.

