‘Terima Kasih Cikgu Saarani… Belanjawan Penuhi Keperluan Rakyat’
KUALA LUMPUR, 24 Nov –K etua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa menyifatkan Belanjawan Perak 2027 yang dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai belanjawan yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata belanjawan berkenaan memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuh kesejahteraan rakyat menerusi penyediaan pelbagai inisiatif
“Terima kasih, Cikgu Saarani… daripada keseluruhan belanjawan berjumlah RM1.693 bilion, sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk inisiatif Sentuhan Perak Sejahtera yang memberi tumpuan kepada kos sara hidup, kebajikan keluarga, pendidikan, usahawan dan penghargaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam pada itu Ibnu Rasyeed turut sama kesinambungan pelaksanaan pelbagai inisiatif berkenaan juga memberi ruang kepada rakyat untuk terus menikmati manfaat bantuan yang disediakan kerajaan negeri.
“Antara bantuan yang diteruskan ialah Kad Perak Sejahtera, Bantuan Kotak Makanan, Bas Perak Sejahtera dan Pasar Sejahtera Rakyat Perak,”
“Alhamdulillah, inisiatif macam ni memang turut dirasai oleh orang kampung di DUN Trong.
“Semoga lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak,” ujar beliau.
Untuk rekod, kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Perak 2027 bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera: Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’ berjumlah RM1.693 bilion.
Belanjawan berkenaan mencatatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah negeri berbanding Belanjawan 2026 berjumlah RM1.61 bilion dan Belanjawan 2025 sebanyak RM1.52 bilion. – UMNO Online
