Mohamad Hasan Wakili PM Hadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Asean Ke-49


KUALA LUMPUR, 17 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi mewakili Perdana Menteri menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Filipina.

Majlis makan malam gala itu dihoskan oleh Presiden Republik Filipina, TYT Ferdinand R. Marcos, Jr.

Kehadiran Mohamad Hasan adalah bagi mewakili Perdana Menteri dalam majlis berkenaan yang merupakan sebahagian daripada acara sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO