UMNO Sabah, Jentera BN Setempat Perkukuh Solidariti Hadapi Saat Akhir Kempen

MELAKA, 13 Nov – Semangat setiakawan dan solidariti dalam keluarga besar Barisan Nasional (BN) terus diperkukuh menerusi pertemuan antara kepimpinan UMNO Sabah bersama jentera BN negeri Melaka dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Pertemuan menerusi majlis perjumpaan dan makan tengah hari itu menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki fasa akhir.

Hadir sama Ahli Parlimen Libaran merangkap Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran calon BN bagi DUN Duyong dan DUN Telok Mas.

Pertemuan seumpama itu mencerminkan keutuhan hubungan dalam keluarga besar BN yang melangkaui sempadan negeri, selain menjadi ruang terbaik untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan menyemarakkan semangat perjuangan.

Dalam tempoh kempen yang semakin menuju penghujungnya, semangat kebersamaan dan sokongan sesama jentera amat bermakna dalam memastikan perjuangan parti terus diperkasakan.

Semoga pertemuan tersebut membawa makna kepada semua yang hadir, selain segala urusan dipermudahkan dan BN terus mencapai kejayaan di bumi Melaka. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO