Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 FELCRA Berhad

AYER KEROH 29 Oktober — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, sekali gus mengumumkan agihan keuntungan berjumlah RM190.6 juta, meningkat 50.2 peratus berbanding agihan terdahulu. Menerusi pengumuman ini, agihan keuntungan bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026 ini bakal memberi manfaat kepada hampir 72,000 peserta melibatkan 734 projek di seluruh negara, dengan pembayaran kepada peserta yang layak dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini.

