PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini

MELAKA, 22 Okt – Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka akan mengadakan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 24 Oktober ini.

Majlis yang dijadual berlangsung pada jam 7.30 malam itu akan diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada persiapan BN Negeri Melaka dalam menghadapi PRN ke-16, selain menjadi platform memperkenalkan calon-calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka Ke-16.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam pada 13 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan BN memenangi 21 kerusi pada PRN lalu, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO