PRN Melaka: 14 November Hari Pengundian, Penamaan Calon 31 Oktober
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
SPR turut menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari.
Sementara itu, 10 November ditetapkan sebagai hari pengundian awal bagi PRN Melaka Ke-16.

Terdahulu SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN Melaka.
Pada 22 September lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berkuat kuasa pada 23 September bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.
PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan seterusnya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi. – UMNO Online
