WTD 2025 Tinggalkan Kenangan Manis Buat Melaka – Abdul Razak
MELAKA,27 Sept – Penganjuran World Tourism Day (WTD) 2025 di Melaka meninggalkan kenangan manis buat Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, khususnya sepanjang beliau menerajui portfolio Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri itu.
Abdul Razak berkata, pengalaman menganjurkan acara bertaraf antarabangsa tersebut menjadi antara kenangan paling bermakna sepanjang beliau memegang portfolio berkenaan.
“Kalau ditanya, ini antara kenangan paling manis sepanjang saya memegang portfolio Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka,” katanya menerusi perkongsian beliau.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Seri Tiong King Sing, serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) atas kepercayaan memilih Melaka sebagai tuan rumah WTD 2025.
Dalam pada itu, Abdul Razak turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang menjayakan penganjuran acara berkenaan.
“Terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas segala tunjuk ajar dan bimbingan. Akhir sekali terima kasih semua yang menjayakan WTD2025,” katanya.
Menurutnya, kejayaan penganjuran WTD 2025 merupakan hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam memastikan Melaka mampu tampil sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.- UMNO Online
