RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab

Saya amat bersetuju dan ingin menegaskan bahawa isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tidak seharusnya terus dijadikan modal politik atau bahan kempen untuk menyerang mana-mana pihak. Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik. Tabung Haji adalah amanah jutaan pendeposit Islam di negara ini.

Sebab itu, saya berpandangan bahawa isu ini mesti dibincangkan dengan fikiran yang lapang dan terbuka, berasaskan fakta, rekod kewangan, undang-undang dan proses audit yang sah… bukan melalui naratif politik yang sengaja dipermudah untuk mendapatkan keuntungan politik.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” – ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”
Antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah dakwaan bahawa Tabung Haji berada dalam keadaan โ€œinsolventโ€ pada tahun 2017.

Pembentangan itu menunjukkan terdapat perbezaan antara kedudukan aset bersih TH di peringkat entiti dengan kedudukan aset bersih di peringkat Kumpulan TH apabila menggunakan kaedah penilaian PwC.

Malah, pembentangan tersebut menegaskan bahawa insolvensi bukan semata-mata ditentukan berdasarkan angka untung atau rugi, tetapi berkait dengan keupayaan sesuatu entiti memenuhi obligasinya apabila hutang tersebut matang.

๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” – ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—ญ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก
Pembentangan juga menyentuh perbezaan kaedah yang digunakan oleh JAN/TH dan PwC.
Satu menggunakan pendekatan ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ๐—น๐—ฒ ๐—”๐˜€๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ฉ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฒ (๐—ฅ๐—”๐—ฉ), manakala satu lagi menggunakan pendekatan ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ฑ-๐˜๐—ผ-๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜. Kedua-duanya mempunyai asas masing-masing, tetapi boleh menghasilkan nilai aset bersih yang berbeza.

Sebab itu kita tidak boleh membandingkan dua angka yang terhasil daripada pendekatan berbeza seolah-olah kedua-duanya mengukur perkara yang sama.

๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” – ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—˜๐—Ÿ โ€œ๐—ง๐—ข๐—ซ๐—œ๐—–โ€
Pembentangan turut mempersoalkan naratif bahawa 106 ekuiti yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) semuanya merupakan aset bermasalah atau โ€œtoxic assetsโ€.

Hakikat yang dibentangkan ialah portfolio tersebut turut merangkumi syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh dan merupakan syarikat besar yang diketahui umum.

Persoalan yang timbul adalah… Apakah nilai sebenar aset-aset tersebut ketika dipindahkan, apakah nilai wajarnya dan apakah kedudukan aset tersebut pada hari ini?

๐—ž๐—˜๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง – ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—š๐—œ๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ž
Berhubung dakwaan kerugian kira-kira RM13 bilion daripada 14 pelaburan, saya berpandangan bahawa perkara ini terlalu besar untuk dijadikan bahan kempen semata-mata.

Pembentangan pagi tadi sendiri mencadangkan supaya satu forensic audit rasmi dijalankan bagi menentukan kesahihan data, angka dan punca sebenar kerugian tersebut sebelum kesimpulan dibuat.

Kalau benar berlaku kerugian, rakyat berhak tahu:
– Bila berlaku?
– Bagaimana berlaku?
– Siapa yang bertanggungjawab?
– Apakah keputusan pelaburan yang dibuat?
– Dan apakah langkah yang telah diambil untuk melindungi kepentingan pendeposit?
Itulah soalan yang lebih penting daripada siapa yang boleh mendapat keuntungan politik daripadanya.

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” – ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž
Saya amat terbuka untuk pihak Kerajaan meneruskan siasatan. Sebaliknya… saya juga menyokong penuh ketelusan, akauntabiliti dan siasatan yang menyeluruh.

Tetapi kalau benar kita mahu mencari kebenaran tentang Tabung Haji, maka jangan berhenti pada satu tempoh atau satu naratif sahaja.

Pembentangan pagi tadi mencadangkan supaya dibuat audit komprehensif TH bagi tempoh 2014 hingga 2026, selain audit forensik terhadap UJSB termasuk kedudukan aset, kewangan dan urusan sukuk.

Saya kira pendekatan ini lebih adil. Kita audit semuanya. Kita buka semua angka. Kita semak semua transaksi. Kita dengar semua pihak. Kemudian biarlah fakta menentukan siapa benar dan siapa salah.

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—๐—จ๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ง
Saya menyeru kepada Kerajaan supaya tidak lagi menggunakan isu RCI Tabung Haji sebagai modal politik atau bahan kempen untuk memburukkan mana-mana kerajaan terdahulu.

Kalau Kerajaan benar-benar yakin bahawa terdapat salah laku atau kerugian yang berpunca daripada mana-mana pihak, bentangkan bukti dan biarkan proses siasatan serta undang-undang menentukan tanggungjawab.

Jangan kita politikkan wang dan amanah jutaan pendeposit. Jangan kita jadikan Tabung Haji sebagai senjata politik setiap kali pilihan raya semakin hampir. Tabung Haji bukan milik BN. Tabung Haji bukan milik PH. Tabung Haji bukan milik PN. Tabung Haji adalah amanah umat Islam Malaysia.

Justeru, pendirian saya jelas:
– Siasat jika perlu @highlight
– Audit secara forensik dan menyeluruh.
– Dedahkan semua fakta kepada rakyat.
– Ambil tindakan jika terbukti berlaku kesalahan.
– Tetapi jangan politikkan Tabung Haji.

๐—•๐—œ๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž.

 

 

 

๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ง๐—ฃ๐—ฟ ๐—”๐—•๐—— ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž ๐—”๐—•๐—— ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—ก
๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ด

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO