Program Bidadari Dambaan Syurga Parlimen Cameron Highlands

LIPIS 8 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa menghadiri Program Bidadari Dambaan Syurga Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan hari ini.
Program ini memberikan satu pengalaman yang cukup menyentuh hati. Bukan sekadar sebuah pertemuan, tetapi medan untuk menimba ilmu, memperkukuh kefahaman agama dan mengingatkan kita bahawa ketenangan hidup bermula dengan hati yang sentiasa dekat kepada Allah SWT.


