Pertemuan Dengan Menteri Pertahanan Kemboja

KEMBOJA 7 Ogos–Menteri Pertahanan, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, TYT Jeneral Tea Seiha di sini hari ini.
Malaysia melihat Kemboja sebagai negara sahabat dan rakan penting dalam ASEAN. Atas semangat itu, kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan yang praktikal, bermakna dan saling memberi manfaat, sekali gus menyumbang kepada ASEAN yang lebih kukuh, bersatu dan berdaya tahan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO