Menyaksikan Penyerahan Tajaan Cek Cura Daripada Maybank Islamic

KUANTAN 6 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjung hormat daripada Pengurusan Maybank Islamic yang diketuai oleh Pengarah Wilayah Pahang, Kelantan dan Terengganu, Encik Ahmad Bashir bin Azahari bersama para pegawai.
Dalam pertemuan ini turut menyaksikan penyerahan tajaan cek cura daripada Maybank Islamic kepada Yayasan Pahang Advanced Skills (YPAS) berjumlah RM1,004,961 bagi pelaksanaan Program Jaminan Kerjaya 2.0.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO