Keputusan Tidak Rasmi: BN Mendahului Di 49 DUN

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Barisan Nasional (BN) mendahului Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor malam ini.

Keputusan tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di sini sebaik proses pengiraan undi berlangsung di seluruh negeri.

Menurut keputusan tidak rasmi berkenaan, BN berada di hadapan di majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memberi petanda positif kepada usaha gabungan itu untuk mempertahankan mandat mentadbir Johor. Keputusan tersebut bagaimanapun masih tertakluk kepada pengesahan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat pukul 8.11 malam, keputusan tak rasmi kedudukan terkini dengan mendahului 49 DUN .

– berita lanjut menyusul – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO