Khaled Nordin Santuni Ahli Baharu UMNO Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 20 Jun — Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Program Sembang Santai bersama ahli baharu UMNO Bahagian Pasir Gudang yang mendaftar secara dalam talian serta pasukan media UMNO Bahagian hari ini. Program tersebut menjadi platform mengeratkan hubungan, mendengar pandangan dan menyemarakkan semangat perjuangan parti, khususnya dalam kalangan generasi muda yang menjadi pelapis kepimpinan masa depan UMNO.

