Menyampaikan SUmbangan Kepada Mangsa Kebakaran

MASJID TANAH 18 Jun– Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusuh mengadakan lawatan susulan ke Kampung Balik Hutan, Lubok Redan bagi meninjau sendiri keadaan kediaman Mohd Fairus Hamzah dan isterinya, Samsiah Hasan yang musnah dalam kebakaran pada 24 Mei lalu.
Dalam lawatan ini, saya telah diberikan taklimat oleh Datuk TPr. Murad Husin, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) berhubung usaha pembinaan semula rumah mangsa menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LPM bernilai RM70,000. Insya-Allah, rumah baharu ini dijangka siap dalam tempoh kira-kira sebulan lagi.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO