Ziarah Kasih

LIPIS 16 Jun–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa mengadakan ziarah kasih ke rumah En Abdul Samat bin Yusof di Kampung Kuala Lambar, Lubuk Kulit hari ini. Pada 31 Mei lepas di akaun pemilik Tik Tok bernama GeeTP telah dimuat naik gambar ayah mertuanya (En Abdul Samat) yang menyimpan gambar Menteri Besar Pahang dalam dompetnya.
Tok Wan hadir tanda terima kasih dan membawa sedikit sumbangan untuk keluarga En Abdul Samat.

