Lawatan Kerja ke Stesen LIMA TLDM Pulau Layang-Layang

LAYANG- LAYANG 16 Jun–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Stesen LIMA TLDM di Pulau Layang-Layang bagi meninjau operasi sempadan maritim serta kesiapsiagaan anggota yang bertugas di barisan hadapan negara.
Pulau Layang-Layang merupakan kawasan strategik Malaysia di Laut China Selatan dan simbol komitmen berterusan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara. Bersama Stesen MIKE, UNIFORM, SIERRA dan PAPA, ia berperanan sebagai benteng hadapan pertahanan negara.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO