Kunjungan Hormat Daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke Luar Negara

PUTRAJAYA 10 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu sebelum mereka memulakan penugasan di negara masing-masing. Mereka akan mewakili Malaysia di Jepun, Singapura, United Kingdom, Austria, New Zealand, Laos, Oman, Ireland, Finland, Timor-Leste, Chile, Lubnan dan Uzbekistan.
Mewakili negara di pentas antarabangsa adalah satu amanah yang besar. Selain memperkukuh hubungan dua hala, mereka juga membawa bersama suara, kepentingan dan imej Malaysia di mata dunia.

