Program Ayuh Johor

BATU PAHAT 9 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berpeluang bersama lebih 2,000 mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Program Ayuh Johor di UTHM, Parit Raja,di sini hari ini.
Program ini menjadi platform untuk berkongsi hala tuju pembangunan negeri, selain membuka ruang dialog dua hala antara Kerajaan Negeri dan golongan mahasiswa. Saya percaya pandangan, idea dan aspirasi anak muda amat penting dalam membentuk dasar yang lebih menyeluruh, realistik dan berkesan demi masa depan Johor.

