Majlis “Flag-Off” Masjid Tanah NEON Night Run 2026

MASJID TANAH 17 Mei – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Datuk Hj. Hameed Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap ADUN Ayer Limau menyempurnakan Majlis “Flag-Off” Masjid Tanah NEON Night Run 2026 di Simpang Jeram Ayer Limau.
Memang meriah sambutan orang Masjid Tanah. Cuaca pun baik. Jelas yang program malam ini bukan sahaja menyatukan masyarakat, malah turut menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

