Meluncurkan Program Work Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan

TANGGA BATU 15 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini meluncurkan Program Work Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan di Kem Terendak, Melaka.
Program ini diperkenalkan bagi membantu peralihan anggota ATM ke alam pekerjaan awam, terutama bagi anggota yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 40 hingga 41 tahun dan kebanyakannya hanya memiliki kelayakan SPM.

