Pidato AZH Platform Lahirkan Generasi Berani, Presiden UMNO Rai Pemenang

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pidato Piala Ahmad Zahid Hamidi (AZH) yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80.

Program berprestij itu menjadi platform penting dalam mencungkil bakat kepimpinan serta keupayaan berpidato dalam kalangan generasi muda, khususnya ahli UMNO yang dilihat semakin berani dan matang dalam menyuarakan pandangan.

Pertandingan Pidato Piala AZH tersebut mempertaruhkan dua kategori utama iaitu Muda dan Utama, yang berjaya menarik penyertaan seramai 120 peserta daripada pelbagai lapisan umur.

Penyertaan itu dibahagikan kepada kategori bawah 18 tahun serta kategori terbuka kepada orang awam berumur di bawah 40 tahun.

Bagi pemenang kategori bawah 18 tahun membawa pulang Piala Pidato AZH dan wang tunai dimenangi oleh Shahmeer Rafeeq Abdullah. Bagi Naib Johan, Muhammad Arif Muhammad Naim dan ketiga Farah Dhuha Amani Mohd Rosidi.

Seterusnya bagi kategori di bawah 40 tahun dimenangi oleh Mohammad Omar Suharuddin sementara Naib Johan, Munirah Muhammad dan ketiga pula Siti Balqis Elias yang membawa pulang wang kemenangan pidato tersebut.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi parti termasuk Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, barisan Exco Puteri UMNO serta para peserta yang mengambil bahagian.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja memperlihatkan kesungguhan Puteri UMNO dalam melahirkan pelapis kepimpinan masa depan.

Ia jelas membuktikan bahawa UMNO terus kekal sebagai wadah utama dalam membina jati diri, keyakinan dan keberanian anak muda dalam arena kepimpinan negara. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO