Ahmad Zahid Fokus Perkukuh Tingkat Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) bagi Program Malaysia My Second Home (MM2H) dalam usaha memperkukuh daya tarikan pelaburan negara.

Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, dalam keadaan landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan pelabur.

Jelasnya, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada pendekatan strategik termasuk penyelarasan dasar, penambahbaikan ekosistem serta pengukuhan penawaran Malaysia supaya lebih kompetitif di peringkat serantau dan global.

“Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelaras dasar, memperkemas ekosistem serta memperkukuh penawaran Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat serantau dan global,” katanya.

Tambahnya, usaha berterusan melalui platform HLC itu diyakini mampu meningkatkan keyakinan pelabur serta menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.

“Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO