‘Rumah Bangsa Bukti Presiden Terbuka, Manusia Boleh Berubah’

KUALA LUMPUR, 10 April – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan gagasan Rumah Bangsa yang dibawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manifestasi kepada komitmen untuk mengukuhkan parti keramat ini.

Menurut beliau ia dibuktikan apabila tiada syarat yang dikemukakan kepada bekas ahli untuk kembali kepada UMNO.

“Bagi saya presiden UMNO ini adalah seorang yang sentiasa berlapang dada.

“Presiden berperasangka baik dia ingat manusia boleh berubah.

“Beliau mengambil keputusan untuk buka Rumah Bangsa kerana dia meletakkan kepentingan parti mengatasi peribadi,” katanya pada wawancara #HitamPutihKelabu UMNO 8 DEKAD: Dinamika Politik & Masa Depan UMNO yang disiarkan di Facebook UMNO Online.

Lokman dalam pada itu turut sama menyifatkan UMNO pada ketika ini merupakan parti yang tenang daripada konflik dalaman berbanding parti lain.

Katanya ia sekaligus menyaksikan kefahaman dalam kalangan pendukung parti termasuk menghormati instituasi presiden.

“Dalam banyak-banyak parti politik dalam negara sekarang setakat ini UMNO parti paling tenang buat masa ini tapi bila kita sudah buka pintu rumah bangsa kepada semua ada risiko.

“Sekarang mungkin tidak ada masalah sebab menghormati presiden yang pengerusi BN dia ada kuasa untuk mengeluarkan watikah. Saya tidak akan nampak ada sebarang gangguan atau halangan sehingga pilihan raya selesai,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO