“Saya Doakan Yang Terbaik Buat Semua Anak-anak SPM 2025” – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan yang terbaik buat semua calon yang bakal menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pagi ini pastinya dipenuhi debaran bagi ramai pelajar yang menantikan keputusan masing-masing selepas melalui tempoh pembelajaran dan peperiksaan yang mencabar.

“Pagi ini pasti ramai yang sedang berdebar menanti keputusan SPM masing-masing. Buat 413,299 calon yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 di seluruh negara, walau apa jua keputusan yang bakal diterima, take it with an open heart.

“Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang… yang penting, percayalah you have done your best,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan bahawa TVET sentiasa membuka ruang untuk membina masa depan anak-anak muda khususnya lepasan SPM.

“Jangan lupa zahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, keluarga serta guru-guru yang sentiasa menyokong dan membimbing sepanjang perjalanan anda.

“Kejayaan yang dikecapi hari ini juga merupakan hasil doa dan pengorbanan mereka.
Saya doakan yang terbaik buat semua anak-anak SPM 2025.

“Teruskan melangkah ke hadapan… Choose your path wisely. Insya-Allah, TVET sentiasa membuka ruang untuk anda membina masa depan. All the best!” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO