Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Bersama Eratkan Silaturahim

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam negara ini yang jatuh pada esok.

Dalam satu catatan di Facebook, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyeru semua mempereratkan tali silaturahim.

“Alhamdulillah, Syawal kembali menyapa kita setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada semua umat Islam, walau di mana jua berada,” katanya.

Tambahnya, dalam kegembiraan menyambut Syawal ini, semua umat diseru untuk terus menyemai rasa kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus.

“Hargailah masa bersama keluarga serta insan tersayang.

“Insya-Allah, saya mendoakan semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua,” katanya. – UMNO ONLINE

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO