Tengku Zuhri Terus Santuni Warga Lembah Pantai Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Tengku Datuk Zuhri Aziz meneruskan pendekatan politik khidmat dengan turun padang menyantuni masyarakat setempat melalui program bersama komuniti di kawasan.

Terbaharu, beliau berkesempatan meluangkan masa bersama jemaah di Surau Ibadurrahman Kampung Limau dengan menyertai solat isyak, tarawih dan witir selain menghadiri majlis moreh bersama penduduk setempat.

“Alhamdulillah malam semalam berpeluang untuk bersama Jemaah Surau Ibadurrahman Kampung Limau menyempurnakan solat isyak, tarawih, witir dan moreh bersama. Saya berterima kasih atas kesudian kepimpinan Surau untuk menerima kehadiran kami.

“Insya-Allah ukhwah dan silaturrahim yang sudah lam terbina akan dikukuhkan lagi tapi kalau selalu dijamu lempeng sambal terangkat macam semalam memang insya-Allah lagi kuat silaturahim antara kita,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Terlebih dahulu dalam hantaran terdahulu beliau turut berbesar hati menyertai jemaah menyertai jemaah di Madrasah Ittifaqiyah Addin Residensi Kerinchi.

Kesempatan tersebut turut dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau untuk bertanya khabar serta beramah mesra dengan para jemaah yang hadir.

“Alhamdulillah semalam berpeluang untuk bersama-sama menunaikan solat isyak, tarawih, witir dan moreh bersama jemaah Madarasah Ittifaqiyah Addin Residensi Kerinchi.

“Terima kasih kepada Pengerusi, Jawatankuasa Surau dan jemaah yang sudi menyambut kehadiran kami. Selepas itu sambung moreh bersama rakan-rakan UMNO setempat dalam aktiviti menambah kalori,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO